Pengenalan kepada Musafir
Musafir (مسافر) Musafir (مسافر) dalam bahasa Arab bermaksud pengembara dan merujuk kepada seseorang yang sedang dalam perjalanan yang jauh. Di dalam Surah Al-An’am ayat 11, Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad):
Al-Qur’an telah menyebut perjalanan berkali-kali dalam variasi yang berbeza seperti ‘Lakukan perjalanan’, ”Suruh mereka mengembara’, atau ‘Apakah mereka tidak melakukan perjalanan?’. Dalam bahasa Arab, perkataan ‘saiyr’ bermaksud perjalanan atau bergerak (cth. planet ialah ‘sayyarah’) – dengan semua variasinya. Ia muncul dalam al-Quran sebanyak 27 kali.
Katakanlah, ‘Wahai Muhammad,'”Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan cipataan makhluk-mahkulk dari asal jadinya, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (29:20)
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.” (22:46)