Sebuah perjalanan dikira sebagai bermusafir apabila…

Perjalanan (safar) menurut sesetengah ulamak adalah jika seseorang mencapai jarak antara 81 dan 83 km atau lebih. 

Sebahagian pendapat mentakrifkannya dengan ‘urf (adat tempatan) – Jika sesuatu perjalanan secara lazimnya dianggap sebagai safar (bermusafir) maka ia adalah safar (walaupun ia ke tempat yang berdekatan).

– Syaikhul Islam Ibn Taimiyah

Definisi berdasarkan jarak adalah lebih tepat dan lebih jelas kepada orang ramai. Jika dipersetujui bahawa perjalanan dikira sebagai safar berdasarkan jarak dan ‘urf, maka tidak perlulah diperdebatkan lagi.

Sekiranya terdapat perbezaan antara jarak dan ‘urf, maka seseorang itu hendaklah mengikut apa yang lebih yakin.