Min Qalby Earthquake Relief Turkiye-Syria

Min Qalby Foundation 

Selatan Turkiye digemparkan dengan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud sekitar jam 4.17 pagi (waktu tempatan) pada 6 Februari 2023 dan turut dirasai oleh penduduk di Syria, Lubnan, Cyprus, Palestin dan juga Iraq💥

Gempa tersebut telah mengorbankan ribuan rakyat Turkiye & Syria dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat susulan usaha menyelamat masih giat dijalankan. Dilaporkan banyak bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam kali ini. Ribuan rakyat mereka cedera akibat gegaran dan runtuhan bangunan dan telah menyebabkan banyak kerosakan.

Setakat 14 Februari 2023, dikhabarkan angka korban di Turkiye & Syria yang dikenal pasti telah pun melepasi jumlah 37,000 mangsa. Masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang belum diselamatkan akibat kekurangan peralatan menyelamat.

Sehubungan itu, Min Qalby menggerakkan rasa prihatin dan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa di Turkiye & Syria dalam usaha menyelamatkan mereka.

Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa adalah :
Makanan sedia dimakan (Ready to Eat) 🍱
Makanan Panas (Hotmeals) 🍛
Khemah ⛺️
Bahan pemanas 🔥
Alatan menyelamat ⚙️