Cara Mengerjakan Solat di dalam Kapal Terbang

Solat 5 fardu merupakan prinsip paling penting kepada semua umat Islam. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kita kelonggaran untuk memendekkan (Qasar) dan menggabungkan (Jamak) solat untuk kemudahan seperti yang telah dijelaskan di bahagian sebelum ini.

 Berikut adalah beberapa panduan tentang cara solat semasa dalam perjalanan menaiki kapal terbang. Ikuti arahan ini :

Tentukan jenis kapal terbang anda

Beberapa kapal terbang yang mempunyai kawasan yang luas seperti Boeing 747, 757, 777 dan Airbus menyediakan ruang solat (bergantung kepada syarikat penerbangan). Oleh itu, anda boleh memilih untuk menunaikan solat di ruang itu. Ini kerana terdapat lebih banyak rukun fi’liyyah (tindakan) yang boleh kita lakukan dengan cara ini.

Dalam solat 5 fardu, ianya wajib untuk mengerjakan solat mengikut cara terbaik yang seseorang boleh lakukan seperti rukuk, sujud dan menghadap kiblat jika boleh. Solat menjadi TIDAK SAH sekiranya perbuatan tersebut tidak dilakukan.

1) Cuaca buruk yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan pesawat

2) Kekangan ruang

3) Risau sekiranya waktu solat akan tamat

4) Solat yang tidak boleh digabungkan dengan solat yang sebelum atau sesudahnya

5) Pesawat terbang melawan arah kiblat

Anda hendaklah menghadap ke arah kiblat ketika anda mengerjakan solat fardhu kerana Allah Ta’ala berfirman (maksudnya) :

Anda boleh bertanya kepada kru kapal untuk mengetahui arah kiblat, dan memanfaatkan peluang sebaik-baiknya, sebaik sahaja pesawat mencapai ketinggian dan menetap di laluannya, untuk solat berdiri menghadap kiblat.

Jika itu tidak boleh, dan anda boleh menangguhkan solat sehingga pesawat mendarat tanpa melengahkannya melebihi waktu yang ditetapkan supaya anda boleh solat berdiri dan menghadap kiblat di atas tanah, maka anda boleh melakukannya.

Sekiranya perkara ini tidak boleh dilakukan kerana anda takut waktu solat akan berakhir, maka solatlah sebaik mungkin di dalam pesawat, dan solat anda akan menjadi sah. Allah tidak membebani jiwa seseorang melebihi kemampuannya. Dan Allah adalah Sumber Kekuatan.

Jika tidak mampu solat berdiri, maka dibenarkan solat dalam keadaan duduk. “Solatlah sambil berdiri dan jika kamu tidak mampu, solatlah sambil duduk dan kamu tidak dapat melakukannya, maka solatlah dalam keadaan berbaring.”

(Sahih Al-Bukhari)