Sekolah KITA:CSMxMinQalby

Min Qalby Foundation 

Sebagai satu langkah untuk terus memberikan pendidikan yang lebih baik kepada kanak-kanak Syria di Sekolah KITA I, Cinta Syria Malaysia dan Yayasan Min Qalby berkolaborasi untuk sama-sama mengumpul dana untuk projek pendidikan ini.

Tujuan utama projek ini adalah untuk meringankan beban pelarian Syria dan memberi akses pendidikan demi melahirkan generasi yang berpendidikandan berinovasi untuk masa depan Syria. Seramai 100 orang pelajar di Sekolah KITA I, Jordan akan menerima manfaat ini.

Kaedah Agihan:
Diagihkan secara berkala mengikut keperluan semasa.Dana yang dikutip adalah untuk anggaran selama satu tahun operasi. Bentuk Agihan: Terbahagi kepada lima (5) kategori utama iaitu: Makanan & Minuman | Sewa & Kos Utiliti | Pengangkutan | Elaun Pengajar | Bahan Pengajaran & Pembelajaran

Pilihan Sumbangan:
Pengangkutan: RM20/Slot
Sewa & Kos Utiliti: RM20/Slot Makanan & Minuman: RM10/Slot Elaun Pengajar: RM30/Slot
Bahan Pengajaran & Pembelajaran: RM15/Slot