English / Bahasa Melayu
Soalan-Soalan Lazim -Komuniti
Daftar masuk
Qalby Community ialah sebuah platform pembelajaran kepada semua khususnya umat Islam berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah.
Versi Mudah Alih:
Ingin menjadi sebahagian daripada komuniti? Daftar sekarang dengan membuka QalbyApp di peranti anda. Pilih butang More dan klik Community. Anda akan dibawa ke laman web Qalby Community secara automatik. Terokai sekarang!
Versi Desktop:
- Layari https://community.qalby.io/
- Klik butang Sign Up di penjuru atas halaman.
- Isikan butiran yang diperlukan.
- Anda juga boleh Log Masuk ke Qalby Community menerusi Google atau Facebook.
Anda boleh menyelaraskan saiz tulisan mengikut keinginan anda (kecil, sederhana atau besar) dengan mengklik butang huruf A di sudut atas halaman. Untuk menukar tulisan kepada saiz yang lebih besar atau kecil, klik pada butang huruf A+ atau A- dengan sewajarnya.
Setiap kali ahli komuniti berinteraksi dengan artikel yang anda ikuti, titik biru akan terlihat di atas ikon loceng di penjuru kanan atas halaman. Anda hanya perlu klik pada ikon loceng tersebut untuk melihat notifikasi yang diterima.
Anda boleh menggunakan ciri Carian di bahagian atas halaman untuk mencari seseorang dalam Qalby Community.
Profil Saya
Akses ke Qalby Community adalah percuma namun terdapat beberapa ciri yang diperibadikan (contoh: Refleksi) yang memerlukan ahli untuk mendaftar sebelum boleh diakses.
- Pergi ke akaun anda dan klik butang Edit untuk mengemaskini profil.
- Tekan pada fail dan pilih imej.
- Leret ke bawah dan klik kemas kini untuk menyimpan perubahan yang telah dibuat.
- Pergi ke akaun anda.
- Klik butang Edit untuk mengemaskini profil anda.
- Anda boleh kemaskini maklumat anda dengan sewajarnya (About, Place Live dan Education).
- Leret ke bawah untuk mengemaskini perubahan yang telah dibuat.
1. Pergi ke akaun anda.
2. Klik pada Tetapan.
3. Tukar Tetapan mengikut keinginan anda (Private Account/Public Account) di bawah Akaun & Privasi.
Tetapan profil kepada Public membolehkan sesiapa sahaja dalam komuniti untuk melihat kemas kini anda tanpa perlu mengikuti anda. Tetapan profil kepada Private pula hanya akan memberi akses kepada pengikut sedia ada.
Pada profil pengguna yang ingin dilaporkan, klik pada tiga titik di bahagian bucu atas dan anda akan diberikan dua pilihan: Menyekat dan Laporkan Profil
Anda boleh menyingkirkan pengikut yang tidak diingini tanpa perlu menyekat mereka. Caranya adalah dengan mengklik profil anda dan tekan butang Followers. Senarai pengikut akan dipamerkan pada skrin. Cari dan tekan profil pengikut yang ingin disingkirkan. Klik pada tiga titik di sebelah profil dan klik Remove.
Pergi ke akaun anda dan klik butang Following atau Followers untuk melihat.
Ingin berehat dari Qalby Community? Sebelum anda menyahaktifkan akaun anda, sila tinggalkan maklum balas atau sebab anda ingin keluar dari Qalby Community di inquiry@qalby.io Untuk menyahaktifkan akaun anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pergi ke My Account.
2. Klik Settings.
3. Di bawah Akaun dan Privasi klik Continue to Account Deletion .
Sudah tentu! Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Klik pada menu lungsur di sebelah kanan halaman.
2. Klik Tukar Kata Laluan.
3. Masukkan Kata Laluan Semasa beserta Kata Laluan Baharu anda.
4. Taip semula kata Laluan Baharu untuk pengesahan.
5. Klik Hantar.
Ilm Feed
Untuk melihat semua artikel dalam Qalby Community, pergi ke halaman Utama dan klik pada butang See All.
Ingin kongsikan artikel dari Qalby Community? Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka artikel pilihan anda.
- Leret ke bahagian bawah artikel.
- Klik butang Share.
- Pilih platform yang ingin anda kongsikan (Facebook, Telegram, Twitter dan Whatsapp)
Cari artikel khusus yang diinginkan dengan mengklik pada ruangan Search Ilm Feeds di halaman Ilm Feed. Anda hanya perlu taipkan kata kunci atau ayat tertentu untuk memulakan pencarian.
1. Leret ke bahagian bawah halaman dan klik butang Mark As Complete.
2. Anda juga boleh berinteraksi dengan artikel dengan melakukan perkara berikut: Like, Comment, Bookmark (untuk menyimpan artikel), Follow (anda akan dimaklumkan apabila orang lain mengulas artikel yang anda ikuti) atau Share ke platform lain.
Versi Mudah Alih:
1. Klik pada 3 barisan di bahagian kanan atas halaman.
2. Klik pada menu lungsur dan pilih My Account.
3. Klik Bookmark untuk melihat semua item yang telah di Bookmark.
Versi Dekstop:
Di bawah halaman My Account klik butang Bookmark di bahagian kiri halaman. Semua artikel yang disimpan akan dipamerkan disini.
Buat masa ini, belum ada lagi rekod untuk pembaca melihat semula artikel-artikel yang telah ditanda sebagai Mark as Complete. Namun, pembaca boleh melihat sama ada artikel tersebut telah ditanda atau belum dengan meleret skrin ke bawah. Jika butang Mark as Complete masih ada, ini bermakna artikel tersebut masih belum dibaca.
Untuk melaporkan Komen/Refleksi yang tidak sesuai atau kesat di Qalby Community, sila klik pada ikon bendera yang terdapat pada setiap ulasan atau refleksi.
Refleksi
Pada halaman Refleksi, klik pada Carian Bar dan taipkan ayat atau surah yang ingin dicari.
Sudah tentu! Untuk melihat ayat atau mana-mana ayat yang anda terlepas, klik pada butang All bersebelahan butang Personal.
Reflections adalah kawasan yang diperibadikan dan memerlukan anda mencipta akaun terlebih dahulu. Sebaik sahaja ada log masuk, anda boleh mengakses kawasan ini.
Qalby Community membenarkan pengguna untuk melihat refleksi mereka sendiri dengan mengklik butang Personal. Anda akan dapat melihat senarai refleksi anda sendiri dan anda juga boleh menyusun refleksi anda dengan sewajarnya.
1. Untuk mendapatkan tips, klik pada ikon mentol di sebelah kanan halaman untuk mendapatkan maklumat dan contoh penulisan refleksi dengan lebih lanjut.
2. Dengan mengklik dua ikon seterusnya, anda boleh menyemak sumber dan sampel penulisan.
Anda boleh menyesuaikan gaya penulisan anda dengan menggunakan alat penulisan yang disediakan dalam kotak refleksi. Cubalah harini!
Ya, anda mempunyai kawalan penuh! Anda boleh memilih sama ada untuk berkongsi atau menyembunyikan refleksi anda daripada ahli komuniti dengan mengikuti langkah berikut: Tetapkan refleksi sebagai Public atau Private sebelum menghantar entri anda.
Versi Mudah Alih:
1. Klik pada 3 barisan di bahagian kanan atas halaman.
2. Klik pada menu lungsur dan pilih My Account.
3. Klik Reflections untuk melihat refleksi anda.
Versi Desktop: Terdapat dua cara untuk melihat semula refleksi yang telah dihantar. Pertama, klik butang Personal di halaman Reflections. Kedua, klik My Account dan leret ke bawah. Di bahagian kiri halaman profil anda, klik pada Reflections.
Downloadables
- Pergi ke halaman Downloadables.
- Cari dan pilih dokumen pilihan anda.
- Klik butang Download untuk memuat turun.
- Fail yang telah dimuat turun akan disimpan secara automatik pada peranti anda.
Anda boleh mencari dokumen atau PDF tertentu dengan menggunakan fungsi Bar Carian.
Akan datang.
Qalby Qlinic
Pergi ke halaman Qalby Qlinic dan gunakan fungsi Carian untuk mencari soalan.
Anda hanya perlu klik pada soalan untuk melihat atau membaca jawapan.
Versi Mudah Alih: Soalan-soalan terkini akan dipamerkan di bahagian bawah halaman.
Versi Desktop: Soalan-soalan terkini akan dipamerkan di sebelah kanan halaman Qalby Qlinic.
Akan datang.
Kursus
Akan datang.
Progress Level
Untuk menjejaki prestasi anda, klik pada menu lungsur di sebelah kanan halaman. Pilih Progress Level untuk melihat prestasi anda (Progress, Quiz Score, Total Quiz Taken, dan Latest Quiz Taken) .
Anda boleh menjawab soalan kuiz yang tersedia mengikut kesusaian masa anda. Anda boleh berhenti dan tutup ruangan kuiz dan kembali menjawab pada bila-bila masa kerana jawapan kuiz akan disimpan secara automatik sehingga anda menghantar kesuluruhan jawapan anda.
Anda boleh ke peringkat seterusnya setelah anda menyelesaikan perkara berikut:
- Jawab satu set kuiz yang disediakan.
- Baca 10 artikel dan klik Mark as Complete.
- Hantar atau kongsi sekurang-kurangnya SATU refleksi.
- Hantarkan kisah Amal anda.
Buat masa ini, tiada pilihan untuk mengambil semula kuiz tetapi anda boleh menyemak jawapan anda. Begini caranya:
- Klik pada gambar profil anda.
- Klik menu lungsur turun dan pilih Progress Level.
- Leret ke bahagian bawah halaman dan anda boleh melihat bahagian Latest Quiz Taken.
- Pilih dan tekan kuiz yang ingin disemak.
Kisah Amal adalah ringkasan tentang perkara yang telah anda temui atau pelajari dari Komuniti Qalby. Ia mempunyai satu set soalan yang boleh anda jawab (Anda boleh menganggapnya sebagai ringkasan latihan). Respon anda tidak akan dikongsikan secara terbuka dan pasukan Qalby akan menyemak dan memberi markah untuk setiap penyerahan yang dibuat. Anda boleh memulakan Kisah Amal anda setelah menyelesaikan perkara berikut:
- Baca sekurang-kurangnya 10 artikel dan klik Mark as Complete pada setiap artikel.
- Hantar atau kongsikan sekurang-kurangnya SATU refleksi.
- Ambil Kuiz.
*Qalby mempunyai hak untuk menyemak perkongsian Kisah Amal anda dan akan menasihati anda sekiranya terdapat isu yang kurang atau tidak sesuai untuk dipaparkan.