English Bahasa Melayu

Soalan-Soalan Lazim-Aplikasi

Daftar Masuk

Bolehkah saya menggunakan QalbyApp tanpa mendaftar masuk dengan e-mel atau maklumat media sosial saya?

Ya, anda boleh menggunakan beberapa ciri asas yang ditawarkan oleh QalbyApp seperti Solat, Al-Quran dan Doa tanpa perlu mendaftar. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar untuk mengguna dan mengakses Q-Jurnal dan beberapa fungsi peribadi lain seperti Tandai dan Hafal di bahagian Doa.

Tetapan

Bolehkah saya menukar bahasa tetapan ke Bahasa Melayu?

Sudah tentu! QalbyApp membenarkan pengguna untuk menukar bukan sahaja bahasa untuk aplikasi, namun untuk terjemahan Al-Qur’an juga. Untuk menukar bahasa, klik Lain-Lain dan pergi ke Tetapan. Kemudian tetapkan Bahasa pilihan anda.

Bagaimanakah cara untuk saya menukar gambar profil yang baru?

Untuk menukar gambar profil, klik butang Lain-Lain dan pilih Tetapan. Kemudian, klik pada Tetapan Peribadi dan tekan gambar profil untuk memuat naik gambar profil baru anda. Anda juga boleh mengklik gambar profil di Halaman Utama dan anda akan dibawa ke halaman Tetapan Peribadi.

Utama

Mengapakah hanya skrin putih dan kosong yang muncul ketika saya membuka QalbyApp?

Beberapa telefon terutamanya (tetapi tidak terhad pada siri tertentu sahaja) Samsung (siri J), Vivo dan Oppo menghadapi masalah keserasian dan perlu dinyahpijat untuk menyelesaikan masalah ini. Kami mengesyorkan agar anda mengaktifkan Auto-app updates pada telefon anda untuk menerima kemas kini terbaru secara automatik bagi memastikan kelancaran operasi semasa membuka QalbyApp. Sebagai alternatif, hantarkan e-mel kepada kami dengan maklumat tentang model telefon anda di inquiry@qalby.io dan kami akan membantu anda menyemak isu ini.

Bagaimanakah cara untuk saya menerima Inspirasi Harian di skrin telefon saya?

Untuk menerima Notifikasi Harian, anda perlu mengaktifkan pemberitahuan tolak terlebih dahulu di QalbyApp. Buka QalbyApp dan pergi ke bahagian Tetapan untuk mengaktifkan Pemberitahuan Tolak. Anda juga perlu aktifkan notifikasi di telefon mudah alih anda bergantung pada model telefon anda. 

 

Untuk iOS:

Pergi ke Settings > Notifications > Show Previews dan pilih Always

Kemudian, aktifkan Notification Style > Qalby > Allow Notifications

 

Untuk Android:

Pergi ke Settings > Push Notifications dan aktifkan butang Push Notifications

 

*Tetapan mungkin berbeza mengikut model telefon

Bagaimanakah saya dapat mencari semua Inspirasi Harian dari QalbyApp?

Semua Inspirasi Harian dari QalbyApp boleh diakses di halaman utama aplikasi di bahagian Inspirasi Harian. Anda boleh mengarkibkannya dengan menekan ikon berbentuk jantung atau anda boleh kongsikan ke platfom-platform yang lain (contohnya: Instagram, Twitter, Facebook, Telegram, Whatsapp dll) dengan menekan butang Kongsi. Cubalah hari ini!

Carian Ilmu

Di bahagian manakah saya boleh melihat kelas-kelas yang dianjurkan?

QalbyApp menyediakan kelas percuma dan berbayar yang boleh anda ikuti. Anda boleh melihat senarai kelas di bahagian Carian Ilmu dan klik pada kelas yang ingin diikuti untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Solat

Mengapakah tarikh Islam yang dipaparkan berbeza dengan tempat saya?

Tarikh Islam dalam aplikasi Qalby adalah berpandukan dari JAKIM. Disebabkan itu, anda mungkin melihat tarikh yang berbeza mengikut lokasi geografi anda. Sila semak dengan pusat atau institusi agama tempatan anda jika terdapat sebarang perbezaan tarikh. 

Mengapakah waktu solat saya tidak tepat walaupun saya telah mengemaskini aplikasi saya ke versi terbaru?

Untuk mendapatkan waktu solat terkini, pastikan anda membenarkan Lokasi untuk QalbyApp dan aktifkan Auto-Kesan Lokasi beserta Tetapan Disyorkan di halaman tetapan Solat.

Saya masih merasakan bahawa waktu solat di kawasan saya tidak tepat walaupun saya telah mengaktifkan Auto-Kesan Lokasi. Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh menyahaktifkan fungsi Auto-Kesan Lokasi. Seterusnya, klik Lokasi dan cari lokasi anda dengan menggunakan fungsi carian bar.

 

Untuk iOS:

Tekan pada peta beberapa ketika. Kemudian, tekan Gunakan Lokasi Ini untuk menyimpan perubahan yang dibuat.

 

Untuk Android:

Klik pada peta dua kali untuk membesarkan imej dan klik pada peta dua kali (dengan jarak sesaat) untuk menetapkan lokasi baru

Saya tidak lagi menerima notifikasi azan. Mengapakah ini terjadi?

Bagi pengguna Android terutamanya pengguna Samsung, anda perlu menyemak ciri penjimatan bateri dalam tetapan telefon anda. Jika anda jarang membuka QalbyApp, ia akan dimasukkan ke dalam senarai aplikasi yang tidak digunakan yang menyebabkan telefon tidak dapat menerima notifikasi. Sila masukkan QalbyApp di bawah Never Sleeping Apps untuk menukar tetapan ini.

Apakah yang harus saya lakukan untuk menerima notifikasi azan untuk waktu solat?

Untuk menerima notifikasi azan, anda mesti mengaktifkan notifikasi untuk QalbyApp di telefon anda (bergantung kepada jenama dan model telefon : sila cari Notifications settings / App permission) dan juga di QalbyApp.

 

Cara untuk mengaktifkan notifikasi di telefon anda: Pergi ke bahagian Tetapan dan klik pada Notifikasi. Pilih QalbyApp. Pastikan akses notifikasi dibenarkan. Kemudian, tetapkan notifikasi Azan untuk waktu solat pilihan anda. Cara-caranya:

 

1. Klik pada salah satu Solah, contoh: klik Subuh

2. Dari senarai muazzin, klik muazzin pilihan anda (contoh: klik Akbar Azmi)

3. Apabila anda kembali ke halaman Solah, ikon pembesar suara kini tidak lagi dalam mod senyap. (Ini bermaksud anda telah berjaya mengaktifkan azan sebagai notifikasi untuk waktu solat tersebut).

4. Terus melakukan perkara yang sama dengan waktu solat yang lain

 

*Perhatian: Jangan hanya klik butang Main untuk mendengar azan, anda mesti klik nama muazzin untuk menetapkan notifikasi azan.

Mengapakah notifikasi azan saya terlalu pendek dan tidak berfungsi selepas menerima notifikasi kali pertama?

Untuk iOS: Apple telah menetapkan had 30 saat sahaja untuk bunyi notifikasi.

 

Untuk Android: Sila semak tetapan Bateri terutama fungsi Adaptive Battery, mod Penjimatan Bateri, aplikasi Penjimatan Bateri, Whitelist App dan lain-lain (nama fungsi berbeza-beza mengikut model). Kecualikan QalbyApp dari tetapan-tetapan ini untuk memastikan notifikasi diterima tanpa sekatan.

 

Tetapan-tetapan ini biasanya menyekat notifikasi bunyi yang berulang (termasuk azan) kerana dianggap tidak diperlukan oleh sistem dan untuk menjimatkan bateri. Sekiranya anda menggunakan aplikasi penjimatan bateri seperti Clean Master, pastikan QalbyApp tidak disenyapkan.

 

Matikan pengoptimuman bateri untuk QalbyApp pada bateri Adaptive dan pada Whitelist App. Anda mungkin juga perlu mematikan sekatan dengan memilih untuk menguruskan QalbyApp secara manual di tetapan App Permission.

Mengapakah notifikasi azan terhenti dengan tiba tiba?

Untuk iOS: Terdapat had notifikasi selama 30 saat sahaja seperti yang ditetapkan oleh Apple.

 

Untuk Android: Notifikasi azan akan berhenti secara automatik ketika anda menerima notifikasi dari aplikasi lain atau ketika anda menarik turun notifikasi dari Notification Centre.

Bagaimanakah cara untuk saya mendengar azan penuh?

Untuk iOS: Untuk mendengar azan penuh, buka notifikasi Solat sebaik sahaja notifikasi masuk. Anda akan dibawa ke halaman azan penuh dengan butiran muazzin pilihan anda. Ciri ini hanya tersedia untuk maksimum 5 minit dari masuknya waktu Solat.

Untuk Android: Azan penuh akan dimainkan apabila masuknya waktu Solat.

Bolehkah saya memilih bunyi selain azan sebagai notifikasi Solat?

Anda boleh memilih bunyi “Beep” sebagai alternatif kepada azan untuk notifikasi Solat.

 

1. Pergi ke halaman Solat.

2. Pilih waktu solat yang ingin anda tetapkan.

3. Klik pada butang “Beep” (di senarai paling atas).

Bagaimanakah cara untuk menambah widget pada telefon saya?

Untuk iOS: Pada halaman Utama skrin, sentuh pada bahagian kosong skrin untuk beberapa saat sehingga aplikasi bergoyang. Tekan butang Add di sudut kiri atas skrin. Pilih Widget beserta saiz pilihan anda kemudian tekan butang Tambah.

 

Untuk Android: Sentuh skrin untuk beberapa ketika. Kemudian, klik pada Widget. Pilih widget dan tekan butang Done untuk menyimpan perubahan yang dibuat. 

Mengapakah waktu solat yang dipaparkan di widget saya tidak tepat? Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila benarkan Lokasi apabila diminta untuk mendapatkan data solat yang betul mengikut lokasi anda.

Kenapa waktu solat saya muncul sebagai N/A?

Pastikan anda telah membenarkan akses lokasi untuk QalbyApp semasa menggunakan aplikasi dan pastikan sambungan Internet telefon anda berada dalam keadaan stabil. Jika waktu solat masih tidak dipaparkan, anda boleh cuba untuk hentikan aplikasi dan buka semula.

Kiblat

Mengapakah kiblat tidak berfungsi dan tidak menunjukkan arah yang betul?

Kiblat menggunakan fungsi kompas yang terdapat di dalam telefon, jadi terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah tersebut. Anda mesti mengaktifkan dan membenarkan akses lokasi untuk QalbyApp semasa menggunakan aplikasi untuk kiblat berfungsi dengan baik.

Anda digalakkan untuk menggunakan sambungan Wi-fi berbanding data mudah alih bagi mendapatkan pengesanan lokasi atau GPS dengan lebih baik. Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan penentukuran Kiblat anda:

 

1. Letakkan telefon anda secara mendatar di atas permukaan yang rata untuk menyesuaikan kompas.

2. Anda perlu mengkalibrasi kompas dengan membuat gerakan berbentuk angka 8.

3. Gerakkan telefon anda sehingga anak panah berwarna ungu menghala ke arah Ka’bah. 

4. Telefon anda akan bergetar dan warna Ka’bah akan berubah menandakan anda sedang menghadap ke arah kiblat yang betul.

 

*Rujuk kepada manual atau arahan telefon anda mengenai cara mengkalibrasi kompas. Bagi telefon Android yang tidak dilengkapi dengan fungsi kompas, ini akan menyebabkan kiblat tidak dapat berfungsi dengan baik.

Q Jurnal

Mengapakah tarikh Islam dan kira detik peristiwa Islam dalam kalendar Q Jurnal berbeza dengan tempat saya?

Tarikh Islam dalam aplikasi Qalby adalah berpandukan dari JAKIM. Disebabkan itu, anda mungkin melihat tarikh yang berbeza mengikut lokasi geografi anda. Sila semak dengan pusat atau institusi agama tempatan anda jika terdapat sebarang perbezaan tarikh. 

Apa itu Khayr To Do?

Khayr To Do ialah senarai kerja atau tugasan peribadi yang hendak diselesaikan pada hari atau tarikh tertentu.

Bagaimanakah cara untuk menambah senarai Khayr To Do?
  1. Pilih satu tarikh dalam kalendar
  2. Klik butang Add + pada bahagian bawah kanan kalendar dan pilih Khayr To Do 
  3. Klik Add your Khayr to do here..
  4. Tambah senarai tugasan anda 
  5. Klik Save This Entry
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya telah selesai melengkapkan semua tugasan saya?

Anda boleh tandakan pada kotak yang tersedia sebaik sahaja sesuatu tugasan telah dilengkapkan. Setiap tugasan yang telah selesai akan dipadam keluar dari Upcoming List dan dibawa ke dalam Completed List.

Apakah perbezaan di antara Reflection dan Ilm Note?

Reflection : Apabila anda teringat akan sesuatu peristiwa atau situasi dan ingin mencatat tentangnya.

Ilm Note : Apabila anda ingin menyimpan sebarang nota penting dari kelas yang anda hadiri (atau input-input daripada sesi Qalby Shares yang diadakan!) untuk tujuan semakan masa hadapan.

Bagaimakah cara untuk mencatat Reflection atau Ilm Note?
  1. Pilih satu tarikh dalam kalendar
  2. Klik butang Add +
  3. Pilih Reflection / Ilm Note
  4. Catat entri Reflection atau Ilm Note anda (Tajuk, isi kandungan dll.)
  5. Klik butang Save This Reflection
Bagaimanakah cara untuk memuat naik gambar dalam Reflection?

Klik pada titik tiga yang terdapat di bahagian atas halaman Reflection. Anda boleh memuat naik gambar dari galeri telefon anda atau mengambil gambar secara terus. Gambar yang telah dimuat naik akan dipaparkan di bahagian atas entri.

Bagaimanakah saya boleh melihat semua Reflection / Ilm Note yang telah saya cipta?

Pada bahagian Reflection / Ilm Note, leret ke kanan skrin untuk melihat semua entri.

Bolehkah saya memadam atau mengedit semula Reflection / Ilm Note yang telah dicipta?

Terfikir untuk memadam Reflection atau Ilm Note yang tidak diingini? Pilih entri yang ingin dipadam dan klik butang Read More. Anda akan diberi pilihan sama ada untuk mengedit atau memadam entri anda secara kekal. Pilihan di tangan anda! 

Saya hendak kongsikan Reflection / Ilm Note saya. Bolehkah saya berbuat demikian?

Sudah tentu! Anda boleh kongsikan entri anda dengan hanya satu klik! Begini caranya: 

  1. Pilih entri yang ingin dikongsi
  2. Klik butang Read More
  3. Tekan butang Share dan pilih platform yang tersedia untuk dikongsi
Apakah fungsi Filter dan Sort?

Filter dan Sort membolehkan anda mencari dan menyusun Reflection atau Ilm Note anda dengan sewajarnya. Untuk mencari sesebuah entri, taip kata kunci dalam ruang carian bar yang disediakan atau lihat entri dengan menyenaraikan entri dari tarikh terkini atau lama.

Apakah fungsi Ibadah Checklist dan bagaimanakah cara untuk menggunakannya?

Ibadah Checklist digunakan untuk memantau iman dan tindakan seharian anda. Untuk memantau kemajuan diri, anda hanya perlu:

 

  1. Klik pada bahagian Q-Jurnal
  2. Leret skrin ke bawah sehingga anda lihat bahagian Ibadah Checklist
  3. Klik butang Add New untuk menambah dan memperibadikan ibadah anda
  4. Klik Save Entry untuk menyimpan sebarang perubahan yang telah dibuat
Saya ingin menyimpan dan berkongsi Daily Inspirations saya! Bagaimanakah caranya?

Pada halaman utama, pergi ke bahagian Daily Inspiration dan klik ikon hati untuk menyimpan. Untuk berkongsi Daily Inspiration anda, klik butang Share dan pilih platform yang ingin dikongsi. Cubalah hari ini!

Di manakah saya boleh melihat semula Daily Inspirations yang telah saya simpan?
  1. Klik pada bahagian Q-Jurnal
  2. Leret skrin ke bawah sehingga anda lihat My Daily Inspirations
  3. Klik butang See More untuk melihat kembali senarai Daily Inspirations yang telah disimpan
Mengapakah saya tidak boleh membaca Daily Inspirations yang lepas?

Daily Inspirations akan ditukar setiap hari sebanyak tiga kali. Daily Inspirations yang tidak disimpan akan digantikan dengan yang baru. Oleh itu, anda tidak akan dapat membacanya semula jika anda tidak menyimpannya.

Apakah yang perlu saya buat untuk memadam Daily Inspirations yang telah disimpan?

Pilih Daily Inspirations yang ingin dipadam dan klik pada ikon hati. Ikon hati akan berubah menjadi kosong dan ini bermakna anda telah berjaya mengeluarkannya dari senarai anda.

Inspirasi (Indonesia Sahaja)

Saya ingin menyimpan dan berkongsi Inspirasi Harian saya! Bagaimanakah caranya?

Pada halaman utama, pergi ke bahagian Inspirasi Harian dan klik ikon hati untuk menyimpan. Untuk berkongsi Inspirasi Harian anda, klik butang Kongsi dan pilih platform yang ingin dikongsi. Cubalah hari ini!

Di manakah saya boleh melihat semula Inspirasi Harian yang telah saya simpan?

Kilk pada bahagian Inspirasi dan anda akan dapat melihat kesemua Inspirasi Harian yang disimpan di sini.

Mengapakah saya tidak boleh membaca Inspirasi Harian yang lepas?

Inspirasi Harian akan ditukar setiap hari sebanyak tiga kali. Inspirasi Harian yang tidak disimpan akan digantikan dengan yang baru. Oleh itu, anda tidak akan dapat membacanya semula jika anda tidak menyimpannya.

Apakah yang perlu saya buat untuk memadam Inspirasi Harian yang telah disimpan?

Pilih Inspirasi Harian yang ingin dipadam dan klik pada ikon hati. Ikon hati akan berubah menjadi kosong dan ini bermakna anda telah berjaya mengeluarkannya dari senarai anda.

Al-Qur'an

Bolehkah bacaan Al-Qur'an terus dimainkan walaupun saya telah keluar dari aplikasi atau menutup skrin?

Ya, anda masih boleh mendengar bacaan Al-Qur’an walaupun selepas anda keluar dari aplikasi atau dalam keadaan skrin tertutup.

Bolehkah saya menyambung bacaan ayat terakhir saya?

Ya! Anda boleh menggunakan ciri Penanda Buku untuk menanda bacaan terakhir anda. Anda boleh mencari item yang disimpan dengan mengklik fungsi Penanda buku di bawah ciri Al-Quran. Untuk menggunakan fungsi ini, ikuti langkah berikut:

 

1. Buka Surah pilihan dan klik ikon Penanda Buku untuk menyimpan ayat

2. Untuk mencari semula ayat yang telah disimpan, klik butang Penanda buku di sebelah bahagian Surah

 

*Sila ambil perhatian bahawa anda kini boleh menanda lebih daripada satu ayat.

Mengapakah perkataan Arab di halaman Al-Qur'an tiada?

Bagi pengguna Android, selepas anda mengemas kini aplikasi anda kepada versi terbaru, anda perlu memuat turun fail Al-Quran di bahagian Tetapan. Begini caranya:

 

1. Lancarkan QalbyApp

2. Klik Lain-Lain

3. Klik pada Tetapan

4. Pilih Fail Tambahan

5. Klik “Tidak Dimuat Turun”

6. Selepas selesai memuat turun, anda perlu melancarkan semula aplikasi

 

*Sila ambil perhatian bahawa proses muat turun akan terganggu jika sambungan internet terputus. Oleh itu, jika perkataan Arab masih tidak muncul, anda perlu melalui proses memuat turunnya semula.

Al-Qur'an Mubtadi (Indonesia Sahaja)

Akan Datang

Akan Datng.

Doa

Adakah QalbyApp mempunyai koleksi doa Mathurat?

Ya, koleksi doa Mathurat boleh didapati di bahagian Doa di kategori Pagi dan Petang.

Mengapakah saya tidak dapat menyimpan doa kegemaran saya?

Untuk menikmati ciri peribadi seperti menyimpan doa kegemaran, anda perlu mempunyai akaun QalbyApp terlebih dahulu. Setelah anda mendaftar masuk, anda boleh mengakses ciri peribadi ini. Pendaftaran adalah percuma, cubalah hari ini!

Bagaimanakah cara untuk membuat senarai main sendiri?

1. Pergi ke halaman Doa dan pilih mana-mana doa kegemaran anda.

2. Klik butang simpan untuk menyimpan dan memasukkan doa ke dalam senarai main yang baharu.

3. Anda boleh memperibadikan senarai main anda dengan menamakan senarai main yang dicipta mengikut kesukaan anda.

4. Untuk melihat semua senarai main, klik pada butang Playlist bersebelahan butang Hifz.

Bolehkah saya memadam senarai main yang telah dibuat?

Sudah tentu! Pilih Senarai Main yang ingin anda padamkan dan leret jari anda ke sebelah kiri skrin.

Qalby Love Letter

Bagaimanakah cara untuk saya menerima Qalby Love Letter?

Anda perlu melanggan dengan mengisi emel anda untuk menerima Qalby Love Letter. Apabila anda membuka laman web kami, anda akan menerima mesej “Subscribe to our love letters“. Isi borang yang diberi dan anda akan menerima Qalby Love Letter yang seterusnya! Anda juga boleh menekan butang Subscribe yang terdapat di bahagian bawah laman utama kami.

Saya sudah melanggan tetapi tiada Qalby Love Letter ditemui dalam dalam peti masuk!

Qalby Love Letter anda mungkin dihantar ke folder lain seperti folder Promotion, Spam dan Junk. Periksa folder tersebut dan anda boleh memindahkannya ke peti masuk anda dengan menggunakan fungsi Move to.

Qalby Community

Bagaimanakah cara untuk mengakses Qalby Community menerusi QalbyApp?

Untuk mengakses Qalby Community menerusi QalbyApp, klik butang Lain-Lain dan pilih Komuniti. Anda akan dibawa secara automatik ke Qalby Community menerusi Versi Mudah Alih. Cubalah hari ini!